skp and gossip(S)
DEAR DOEHI
kenapakah saya balik awal ke Shah Alam sedangkan Segamat adalah tempat yang amat menyeronokan???? hahaha...pertanyaankah ini...ok biar saya jawap sendiri...
ini adalah kerana skp.... skp adalah skim khidmat pelajar yew puan tuan bukan suka ketuk perut...ini bermaksud saya sebagai pelajar UiTM yang sejati sedia menabur khidmat membantu U menguruskan majlis konvesyen ke 71....
adakah free????tidaklah wei...berbayar ok... kitaorg buat kerja nnti dpt duit...setiap jam berkhidmat itu adalh duit... duit..duit...duit....( err~~` adakah aku sudah menjadi materialistik??).. memetik kata-kata Tun, pertama adalah niat, kedua adakah duit..
jadi dpat disimpulkan disini, kami berniat membantu UiTM menguruskan majlis konvesyen ke 71, maka kami nanti akan mendapat duit...
bila:
majlis konvesyen ini akan berlangsung pada 15 hingga 27 oct 2009 ( tp kami dah start keja dri 6 hingga 30/10).. x da cuti ok.. deepavali pun kitaorg keja taw...
siapa:
kami menguruskan manjlis konvesyen untuk 21 ribu org...ok tulis dalam nombor nmpak lagi bnyak kan...so..21000 org graduan akan terlibat..setiap hari ada 2 sidang, pagi dan petang yang hanya melibatkan 1000 org graduan dlm setiap sidang.. tapi kalu sorang dah bawa satu bas keluarga mereka, tok nenek, org kampung lagi, maka angka mereka yg trlibat dlm suatu sidang akan bertambah..ini kena layan elok2 nie..
pantang larang:
aku baru taw ada pantang larang masa konvo nie, kalu x ikut kompem x naik pentas
1) jangan pakai kasut lain selain warna hitam.. ( kalu x bw x pew, kami ada sediakan..kalu x muat kasut tu dngn kaki korang..gi la cari sendiri)
2) rambut panjang x boleh ( bagi lelaki, kalu dah terpnjang xpew, kami akan potong kan..boatk boleh..macam mawi..hensem ape)
3)bagi perempuan x boleh pakai kain singkat2x, skirt n etc yg menjolok mata, belah2 pun x leh ( dah terpakai, x pew, ...kami ada sediakan kain..ala kain murah rm11 beli kat mydin tu...hahahhaha..ko beli kain lawa2, mahal2x tapi end up pakai kain buruk naik pentas amik scrol)
4) mengandung..( harap maklum, jika anda termengandung semasa majlis konvesyen ini..iyelah kan..bukan nya suka2 nak mengandung kan..dah termengandung nak buat macam mana...harap maaf, anda tidak boleh naik pentas amik scrol biar apa cara sekali pun..jangan tnya mengapa, saya x taw...so, perhatian kepada classmate2x ku sekalian...sila la kahwin atau mengandung selepas majlis konvo atau kalu dah termengandung sila la beranak sebelum majlis konvo)
__________________________________________________________
untuk perhatian semua juga, selain diri sendiri, lea, nisha, fida..terdapat juga sekumpulan homo sapien lain yg terlibat..mereka adalah intan,tok wan, kak ida, kak ita, kak nor, tun, fazirul, faiq, gern, azila, farhana, aisah, syed, anuar( die bos kitaorg ok..), lina, john...
dah tengok nama2x!diatas!!!! maka memang riuh rendah lah kami mebuat kerja..pot petpot pet..tapi xpew kerja jalan apa...
jadi apa lgi...gossip babe.gossip!!!!...tapi utk melindungi hak individu dan peribadi..nama mereka trpaksa dirahsia...
gossip pertama ( tapi cerita sebenar)
Ms A membritahu kami bahawa neneknya telah dipinang orang dan akan kahwin pada hujung bulan ini...wah!!!.. Ms A agak merasa cemburu kerana nenek nya lagi hot...die pun x da bf lagi tapi nenek nya dah siap ada org masuk meminang....kami mencadangkan agar Ms A menjadi pengapit nenek itu dihari bersejarah itu.. situasi agak tegang kerana anak2 nenek Ms A sukar menerima lebih2 lagi bakal atuk Ms A itu x sampai 100 hari dah nak kahwin lain ( huh...lelaki!!)... kami mengagak bahawa bakal atuk Ms A dan nenek Ms A itu pernah bercinta suatu ketika dahulu tapi x bersampaian...
kata Ijad pada Fida dan Fida memberitahu kepada aku( tadi)
jika sudah jodoh, lain benua berpisah pun akan bersatu jugak, kalu sudah bukan jodoh, tidur sebantal pun belum tentu bersatu jua..
ucapan dari aku: selamat mendapat atuk baru Ms A...
gossip kedua ( sebuah cerita sebenar jugak)
Ms B mendapat tahu bekas kekasihnya sudah mempunyai kekasih hati yang baru..tapi dunia ini kecil, kekasih hati bekas kekasih Ms B itu adalah kawan kepada kawan baik Ms B dan satu fakulti dengan adik Ms B. bermula terkenang- kenang kisah lama.. ..
pertanyaan dari aku: wei, memang normal yew kalu kita nak taw ex kita couple ngan sape, kekasih die tu macamana, lagi bgus dri kita kew? pastu kita kutuk ex kita itu...???..
Ms B juga memberitahu bahawa adiknya sudah turun 2 kg hasil minum MATE 5...( eh kenapa tetiba aku promosi bnda nie kat cne nie..hahahhahahaha...aku promote free jew)..siapa yg terasa badan dia gemuk , sila la minum ini...berkesan kata Faiq dan Intan( padahal dieorg x penah minum pun)
gossip ke 3
Ms C dah turun 2 kg dah sekarang dalam hubungn risik merisik dengan sesorng..wei ,Ms C ..ingat perjanjian yang dibuat sumpahan cinta ko bersaksikan Tina tu....sabar. tunggulah hingga tahun depan..
gossip ke 4
en D terasa dengan kerendahannya dan akan berusaha meningkatkan ketinggiannya sepanajang sesi skp ini...hahahahahaha...
wei, ko utang aku belanja popia taw en D..
gossip 5...( nama didedahkan)
pagi yang ceria( biarpun lambat sampai..) untuk aku ..yewlah tgk2 rupanya yg terlibat adalah kawan2 aku yg bagai nie,..pagi2 lagi aku dah start jadi minah kepoh.( mereka pun kepoh juga).. tetiba Tok wan memberikan pandangan dan usul beliau yang mengatakan rupa aku seperti Catriona Ross Bahrin. ntah sama tang mana pun aku x taw..kahkahkah.. ter'Riak' aku sebentar. gelak2 aku ngan amy. amy mengatakan banyak kali aku tengok muka ko rahik, x sama pun. cis ko amy, kalu x sama pun buat2x mengaku kata sama.. ( hati kawan2 kena jaga..kan)..ha3x...
balik rumah, aku bagitau Acik menah..acik kata mungkin kalu x da parut jerawat tu sama lah kot..( bagus ada mak cik macam ini, pandai amik hati). dan aku..NYAH KO parut jerawat DRI MUKA AKu..nnti leh dapat muka macam muka catriona...wah!!!..tapi kalu muka aku mcm catriona susah la macam ni..nanti kalu aku kuar gi jalan-jalan tetiba kena serbu peminat naik sain autograf macam mana...nanti aku buat perangai buruk pastu masuk paper kata catriona yang buat macam mana...tetiba org filem panggil aku brlakon kerana ingat aku catriona macam mana....KAHKAHKAHLAH...sangat berangan dan merepek aku ini..
ok.fine..muka aku x mcm catriona..tapi thanks tok wan bcoz makes my day. tapi kan aku harap mulut ko masin...
tapi hari pertama skp dengan mereka ini paling meriah dan seronok sekali. they really MAKES MY DAY.semoga setiap hari adalah seperti ini. ceria. aku kerja pun x stress..
ok dah merepek2 dah entry ini, seperti tersasar dari jalan yang benar. sila lah kembali ke pangkal jalan rahik~~...
___________________________________________________
template telah ditukar dengan harapan
1) intan baca blog aku kerana dia kata template lama menjadikan tulisan aku sangt kecil dan dia jadi malas nak baca
2) iwan baca blog aku kerana dia kata template lama menyebabkan dia pening nak baca kerana tulisa kecil dan berwarna- warni
3) syazwani baca blog aku kerana nanti aku malas nak cerita kat dia benda yang sama aku tulis disini
4) tun mengunakan blog aku sebagi madah berguna dalam pembelajaran bahasa melayu dengan para pelajarnya dalam kategori ' bahan bacaan yang tidak mengunakan bahasa melayu dengan tepat dan isi-isi yang tidak sesuai digunakan untuk buat karangan'.. hahaha..
5) jazihan berasa simpati lalu bersedia dengan jayanya bersama-sama membuat template yg lagi best dri ini..( ini template pun aku pakai pilih jew..asal ada..)
6) korang x terseksa lagi membaca blog aku dalam template yang lama..
baik hati kan aku....CEPAT KATA AKU BAIK HATI!!!... hahahahhaha...
chow cincau, makin banyak aku menaip, makin merepek jadinya entry ini..

